Pesawat Tersadai 10 Tahun Terjual

Salah satu pesawat yang sedang dirobohkan, selepas ia tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor.

JOHOR BAHRU: Tiga pesawat Boeing 747, masing-masing bernilai jutaan ringgit telah dijual pada lelongan awam pada harga hanya RM800,000 selepas kesemuanya tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pembida asing yang dipercayai merupakan syarikat kitar semula bagi serpihan aeroangkasa telah pun merobohkan pesawat berkenaan.

Ia dijangka dapat menyelesaikan proses tersebut bagi ketiga-tiga pesawat dalam tempoh tiga minggu lagi.

Difahamkan, beberapa syarikat turut membuat bidaan semasa lelongan dilakukan beberapa minggu lalu.

Sekurang-kurangnya tiga jengkaut digunakan untuk merobohkan badan pesawat.

Salah satu pesawat telah dirobohkan sepenuhnya, dan kelihatan hanya gear pendaratannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, beliau mengetahui kesemua pesawat tersebut telah dijual.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti apakah tujuan syarikat berkenaan terhadap pesawat yang dibeli.

The Star melaporkan dua pesawat kargo dan sebuah pesawat komersial tersadai di lapangan terbang selama kira-kira 10 tahun.

Setiap pesawat yang dikatakan bernilai kira-kira AS$30 juta (RM125 juta) hanya diselaputi dengan jelaga dan kotoran.

Difahamkan, pemilik pesawat sebelum ini berhutang dengan lapangan terbang Senai lebih RM1 juta bagi caj parkir.

Menurut pegawai penerbangan, kes tersebut dimenangi lapangan terbang apabila ia dibawa ke mahkamah.

Menurut satu 'posting' lama di Facebook mendakwa bahawa pesawat itu berusia lebih 30 tahun dan ditawarkan untuk jualan pada harga RM5.3 juta setiap satu.

Artikel Sebelum

“Saya Memang Cakap Mandarin Di Rumah”

Artikel Berikut

Ini Sebab KR1M Ditutup

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain