“Tak Kira Kucing Siapa, Arwah Tok Wan Bagi Makan”

PETALING JAYA: Kemunculan seekor kucing putih secara tiba-tiba semasa bacaan talkin upacara pengebumian seorang warga emas bukan sahaja mengejutkan, malah mencetuskan 1001 tanda tanya.

Agak pelik apabila kucing itu kemudian berjalan mengelilingi kubur, malah tidak mahu meninggalkan kawasan itu walaupun orang ramai mula beredar.

Rasa sayu mula timbul apabila haiwan ini mula menguis tanah kubur tersebut, seolah-olah meratapi pemergian tuannya.

Bagaimanapun kucing tersebut bukanlah haiwan peliharaan Allahyarham Ismail Mat, 88, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nur Al-Hidayah, Kelibang, Pulau Langkawi Isnin lalu.

Cucunya, Muhammad Soffuan Che Zan, 26, berkata, arwah datuknya yang berasal dari Kampung Sanusi Junid di mukim Kuah adalah seorang pencinta kucing.

Lebih dikenali sebagai Tok Wan dalam kalangan cucunya, Ismail suka membela kucing malah memberi layanan seperti haiwan peliharaan sendiri sekiranya ada yang datang berkeliaran di kawasan rumah.

"Semua kucing yang lalu di belakang rumah, tak kira kucing siapa pun walaupun milik orang lain atau tak ada tuan pun Tok Wan bagi makan.

"Ada juga kucing yang dijadikan haiwan peliharaan Tok Wan. Setahu saya kali terakhir dia ada bela dua kucing, sebelum tu ada beberapa lagi," katanya kepada mStar Online.

Menurut Soffuan, keluarganya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang lain tidak menyangka seekor kucing akan muncul semasa bacaan talkin pada majlis pengebumian tersebut.

Difahamkan kucing tersebut sering berkeliaran di kawasan masjid.

Tambah Soffuan, datuknya yang juga dikenali sebagai Tok Mey oleh penduduk setempat tidak pernah bercakap mengenai kucing semasa hayatnya tetapi lebih menunjukkan dia mengambil berat tentang haiwan itu.

"Dia tak cakap pasal kucing. Cuma sebelum meninggal walaupun terlantar kerana sakit tua, dia ingat semua nama 12 anak dan 38 cucunya," katanya.

Video kucing putih itu yang tular bagaimanapun turut mendapat reaksi kurang senang netizen yang kurang senang dengan cara beberapa individu cuba mengalihkan haiwan itu dari kubur.

Soffuan kemudiannya tampil menjelaskan bahawa ia sebenarnya tidak dilakukan secara kasar sebagaimana yang dilihat netizen.

"Berkenaan cubit kucing tu sebenarnya bukanlah tindakan kasar, cuma cubit manja saja. Pasal angkat kaki kucing tu pula, tu pun melawak juga dengan kucing untuk memujuk.

"Maaflah kalau video kucing tu buatkan pencinta-pencinta kucing marah sebab perlakuan sebegitu dari keluarga kami," katanya.

kucing putih, tanah kubur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Kampung Berebut Tanah Kubur

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain