suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Petrol, Diesel Turun

PETALING JAYA: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun dua sen dan tiga sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun dua sen, dari RM2.21 seliter kepada RM2.19 seliter bermula Khamis.

Harga RON97 pula turun tiga sen kepada RM2.49 seliter berbanding RM2.52 seliter sebelum ini.

Sementara itu, harga baharu diesel turut turun empat sen menjadikan harga jualannya RM2.10 seliter berbanding RM2.14 seliter.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 21 hingga 27 September ini.

Harga baharu itu ditetapkan secara mingguan setiap Rabu, berbanding secara bulanan sebelum ini.

KPDNKK

Artikel Sebelum

Keadaan Anwar Terkawal

Artikel Berikut

Artikel Lain