suria

Gempa Bumi Mexico: Semua Rakyat Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Kesemua 19 rakyat Malaysia yang tinggal di Mexico selamat daripada gempa bumi yang melanda tengah Mexico pada Selasa.

"Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico memaklumkan bahawa empat rakyat Malaysia yang tinggal di Bandaraya Mexico adalah selamat.

"Lima belas lagi rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan lain di Mexico tidak berada dekat dengan kawasan terjejas,” kata Kementerian Luar menerusi satu kenyataan di sini Rabu.

Negeri Morelos dan Puebla di Mexico masing-masing dilanda gempa bumi berukuran  7.1 dan 6.8 pada skala Richter pada Selasa.Pusat gempa itu ialah di Axochiapan, sebuah bandar di negeri Morelos, terletak 120km tenggara Bandaraya Mexico.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa gegaran boleh dirasai di seluruh tengah Mexico, iaitu Bandaraya Mexico, Bandaraya Puebla, Cuajimalpa, Telixtac, Chautla dan 90 bandar kecil lain.

Menurut laporan CNN, pihak berkuasa Mexico berkata bencana itu mengorbankan sekurang-kurangnya 216 orang.

Kementerian Luar, menerusi Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico, berkata mereka akan memantau perkembangan berkaitan insiden itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico melalui talian +52 55 5282 4656, +52 55 5282 5166 atau e-mail di [email protected] atau [email protected]. - BERNAMA

gempa bumi, Mexico

Artikel Sebelum

Harga Petrol, Diesel Turun

Artikel Berikut

Artikel Lain