suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tahfiz Makin Stabil

KUALA LUMPUR: Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu Khamis lepas kini dilapor berada dalam keadaan stabil.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata dua daripada mereka masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan pernafasan.

"Dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan terbakar antara tiga hingga 19 peratus semakin pulih," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semua pasukan perubatan HKL berusaha sedaya upaya memberikan rawatan terbaik untuk mereka.

Pada Ahad, tiga mangsa dibenarkan pulang Sabtu selepas keadaan mereka stabil.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu kira-kira 5.15 pagi.

Sabtu lepas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Pihak polis percaya motif kejadian adalah angkara dendam. - BERNAMA  

Artikel Sebelum

Dinosaur Terbakar

Artikel Berikut

Artikel Lain