suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dinosaur Terbakar

NILAI: Sebuah replika dinosaur musnah dalam kebakaran di Central Bazar, Nilai 3 pagi Isnin.

Seorang saksi Shamsul Baharin Ismail, 45, berkata semasa dia sedang membuat kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut, tiba-tiba replika setinggi 12x27 meter itu berasap dan terbakar.

"Saya cuba untuk memadamkannya, tetapi api marak terlalu cepat. Lalu saya terus menghubungi talian kecemasan," katanya.

Pegawai Bomba Kanan 2, dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 10.47 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api pada replika itu.

Punca kerugian masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA

dinosaur, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelajar Tahfiz Makin Stabil

Artikel Lain