suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Group Goyang Yuk Berpesta Dadah Ditahan

Gambar Hiasan

BUTTERWORTH: Seramai 26 anggota 'Group Goyang Yuk' termasuk empat pelajar sekolah menengah ditahan di Pangsapuri Kelisa, Perai semalam kerana mengadakan pesta dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang ditahan pada pukul 11 pagi itu terdiri daripada 15 remaja lelaki serta 11 wanita berusia antara 15 hingga 23 tahun.

"Semasa serbuan mereka langsung tidak menyedari kehadiran polis kerana masing-masing berada dalam keadaan khayal. Antara yang ditahan ialah penuntut kolej, pelajar sekolah menengah, kelindan lori, mekanik, operator kilang dan peniaga,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadah.

“Mereka menyewa pangsapuri terbabit yang dijadikan sebagai inap desa dengan harga RM300 sehari dan telah beberapa kali menyewanya untuk berpesta dadah,” katanya.-- Bernama


Group Goyang Yuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JPJ Akan Dijenamakan Semula

Artikel Lain