suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DBKL Tolak Permohonan 'Better Beer Festival 2017'

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dijangka diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.

"Bagaimanapun DBKL telah membuat keputusan untuk menolak permohonan penganjuran aktiviti tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada akan diambil," kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain