suria

Tiga Wanita Rusia Ditahan Tawar Khidmat Seks

KOTA KINABALU: Tiga wanita warganegara Rusia ditahan polis kerana dipercayai menawarkan khidmat seks menggunakan aplikasi WeChat dalam serbuan di sebuah hotel di sini, petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah, Datuk Salehhudin Abd. Rahman berkata, tida wanita berusia 18, 22 dan 28 tahun itu tiba di Sabah beberapa hari lalu.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan berusia 36 dan 48 tahun yang dipercayai pelanggan mereka juga berada di hotel di Plaza Wawasan, Coastal Highway di sini.

Salehhudin berkata, sebuan itu dibuat kira-kira pukul 5.10 petang selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu.

"Hasil serbuan kami turut menemui kondom, telefon bimbit dan wang tunai RM2,240 di dalam bilik hotel terbabit," katanya.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas dalang kegiatan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.



Rusia, Salehhudin

Artikel Sebelum

JPJ Akan Dijenamakan Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain