suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permit Keselamatan Kebakaran Belum Diluluskan

Anggota Bomba dan Penyelamat memantau keadaan tingkat atas yang terbakar di sekolah Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan lebih 20 pelajar tahfiz pada Khamis. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang terbakar sehingga mengorbankan 24 nyawa awal pagi Khamis dalam proses memohon permit keselamatan kebakaran.

Namun, pusat tahfiz tersebut memulakan operasinya sebelum permit itu diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid berkata insiden itu dapat dielakkan jika pusat tahfiz tersebut mengikut peraturan kerajaan tempatan dalam soal permohonan permit yang sepatutnya.

"Berdasarkan siasatan kami, sekolah itu tiada permit untuk memulakan operasinya dan mereka memohon untuk mendapatkannya," kata Soiman.

Beliau berkata punca kebakaran yang bermula kira-kira pukul 5 pagi itu mungkin disebabkan ubat nyamuk atau litar pintas.

"Punca itu akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi. Anggota kami sedang memasuki kawasan kebakaran untuk memeriksaan jika terdapat mangsa lain yang terperangkap," katanya.

Ditanya sama ada pusat tahfiz itu sepatutnya beroperasi tanpa permit, Soiman berkata mengikut peraturan kerajaan tempatan, operasi hanya boleh dimulakan selepas permit diluluskan.

"Kami juga telah menasihatkan pusat tahfiz itu supaya melaksanakan semua keperluan keselamatan kebakaran sebelum memulakan operasinya.

"Berdasarkan siasatan awal, kami dapati mangsa cuba menyelamatkan diri menerusi tingkap tetapi terhalang kerana besi jeriji yang dipasang pada tingkap," katanya.

pusat tahfiz, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain