suria

Tragedi Tahfiz: Api Marak Terlalu Pantas - Guru

Mayat sebahagian mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah dibawa ke HKL.

KUALA LUMPUR: "Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak cukup," demikian reaksi seorang guru agama di pusat tahfiz Darul-Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara , yang terbakar awal pagi Khamis.

Mohd Ariff Mawardy, 24, yang  baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz tersebut, berkata kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.

"Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat). Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran terlalu pantas," katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur.

Sejurus kemudian, beliau terus mengejutkan pelajar lain untuk turun ke tingkat bawah menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang lain.

"Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap", katanya sugul dan ditenangkan anggota keluarganya.


Darul-Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain