suria

89 Das Meriam Iringi Keberangkatan Jenazah Almarhum Sultan Kedah

ALOR SETAR: Tembakan meriam sebanyak 89 das mengiringi keberangkatan keluar jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Istana Anak Bukit untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat pada Selasa.

Jumlah tembakan yang menandakan usia Almarhum baginda berkenaan dikendalikan Bateri ke-41 Rejimen Artileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buloh.

Keranda yang membawa jenazah Almarhum baginda diletakkan di atas pedati yang ditarik dengan kenderaan khas, diiringi kaum kerabat Diraja, penghulu-penghulu mukim serta rakyat jelata.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi kerabat Diraja serta seluruh rakyat jelata yang menyaksikan keberangkatan jenazah Almarhum baginda ke makam.

Cuaca cerah dengan tiupan angin sederhana mengiringi keberangkatan jenazah yang akan melalui Jalan Anak Bukit, Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar di sini.

Jarak dari istana ke Makam Diraja Langgar sejauh 12.4 kilometer dengan kelajuan pedati 30 kilometer sejam.

Pedati dijangka tiba di makam kira-kira 4 petang ini, disusuli istiadat pemakaman dan tahlil. - Bernama

Almarhum Sultan Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain