suria

Warga Emas Panik 'Tembakan Guli'

gambar hiasan guli.

MERTAJAM: Seorang warga emas panik apabila rumah yang didiami di Taman Permai Jaya di sini dilastik dengan guli awal pagi Sabtu  mengakibatkan cermin rumahnya pecah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata menurut lelaki berusia 65 tahun itu, ketika kejadian 5.30 pagi dia sedang minum pagi di bahagian luar rumah teres dua tingkat miliknya itu.

"Tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Alza putih berhenti di hadapan rumahnya dan pemandunya, seorang lelaki membuka cermin di sebelahnya dan mengeluarkan tangan sambil memegang sesuatu.

"Ketika itu mangsa terdengar bunyi letupan dua kali dan dia terus bersembunyi di sebelah kusyen di halaman rumahnya," katanya.

Beliau berkata kereta itu kemudiannya terus beredar dari rumah mangsa, namun nombor pendaftaraan kenderaan itu tidak dapat dikenalpasti. Nik Ros Azhan berkata semasa kejadian,  ibu, isteri serta tiga orang anak bersama dua cucu mangsa yang sedang tidur terjaga selepas terdengar bunyi 'tembakan' berkenaan.

Katanya mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan pemeriksaan awal mendapati cermin tingkap bahagian atas rumah berkenaan pecah. 

"Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan terbakar di tempat cermin yang pecah itu dan pasukan forensik turut menemui sebiji gili yang ada kesan pecah di tempat kejadian dan suspek dipercayai  menggunakan lastik guli," katanya.

Beliau berkata polis percaya suspek bertindak sedemikian untuk mendatangkan ugutan jenayah dan khianat ke atas penghuni rumah itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami masih menyiasat motif sebenar kejadian itu dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi berkenaan bagi membantu siasatan," katanya kes disiasat menurut Seksyen 506 dan 427 kanun keseksaan.- Bernama

Tembakan Guli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain