suria

Polis Siasat Wanita ‘Steering Lock’

Paparan skrin daripada klip video seorang wanita mengugut penjawat awam dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan sebuah restoran.

PETALING JAYA: Pihak polis akan menyiasat insiden membabitkan seorang wanita mengugut pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan menggunakan pengunci stereng yang dirakam dalam sebuah video yang tular sejak petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Dipercayai insiden itu tercetus selepas pegawai berkenaan mengunci tayar kereta wanita terbabit kerana diletakkan secara haram di hadapan sebuah restoran.

Pegawai MPSJ 'Sekolahkan' Wanita Steering Lock

Pegawai yang memakai jaket MPSJ itu dengan tenang menjelaskan kepada wanita terbabit bahawa dia telah meletakkan kereta di tempat yang salah.

Walaupun telah dijelaskan tentang kesalahannya, wanita itu terus menjerit sambil menggertak pegawai tersebut menggunakan pengunci stereng.

Megat Mohamad Aminudin berkata, kereta itu ditarik ke depot di Puchong.

"Suami wanita itu kemudian muncul dan membayar denda di majlis perbandaran dan meminta maaf atas tingkah laku kasar isterinya," katanya.

Artikel Sebelum

Tokoh Dunia Hadiri Dialog Pangkor

Artikel Berikut

50 Rumah Rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain