suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tokoh Dunia Hadiri Dialog Pangkor

Zambry (tengah) bergambar bersama para peserta pada majlis perasmian 'Perak Festival of Ideas' yang diadakan sempena dengan Dialog Pangkor 2017 di Bulatan Amanjaya. - Bernama

IPOH: Tokoh antarabangsa akan menghdadiri Dialog Pangkor 2017 (PD 2017) selama dua hari mulai Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia akan dihadiri  antara lain pemenang Hadiah Nobel, bekas presiden dan angkasawan.

Beliau berkata antara tokoh yang akan mengemukakan pandangan mereka nanti ialah Datuk Bandar Oklahoma, Mick Cornett (gambar); Pengasas Honeybee Network dari India, Prof Dr Anil Gupta; bekas Presiden Ecuador, Jorge Jamil Mahuad Witt dan pemegang rekod Dunia Paralimpik dari Singapura Dr Wiliam Tan.

“Dr Catherine Cady Coleman yang duduk di stesen angkasa selama enam bulan, buat pertama kali akan turut hadir dan akan bercakap pada program kali ini,"  katanya pada majlis Pelancaran Perak Festival of Ideas 2017 di Bulatan Amanjaya di sini pada Sabtu.

Dialog edisi keempat itu anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) merupakan platform untuk membincangankan isu pembangunan dan kemampanan sosioekonomi.

Dalam sidang media kemudiannya,  Zambry berkata, beliau yakin Perak akan dikenali di seluruh dunia melalui penganjuran program ilmu itu.

Ia dijangka dihadiri kira-kira 1,200 peserta. - Bernama

Dialog Pangkor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain