suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lagi Suspek Kes Bunuh Polis Ditahan

Lokasi mangsa dibunuh.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lagi lelaki pada Selasa bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata suspek berumur 35 tahun itu yang berasal dari Kelantan dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Subang Jaya ditahan kira-kira 11.15 malam Selasa.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 12 September ini dan siasatan kes masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan.

Valentino yang bertugas sendirian, ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi hari kejadian.

Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai berkenaan selepas selesai rondaan.

Polis turut menahan seorang lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak, pada Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes.

Tempoh remannya berakhir pada Khamis. - BERNAMA

PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain