Lagi Kes Datuk, Bapa Saudara Rogol Budak Tujuh Tahun - Semasa | mStar

Lagi Kes Datuk, Bapa Saudara Rogol Budak Tujuh Tahun

SIBU: Seorang datuk dan seorang bapa saudara ditahan kerana didakwa merogol seorang budak perempuan berusia tujuh tahun beberapa kali sejak 2016.

Insiden itu hanya diketahui pada 2 September lalu apabila mangsa memberitahu ibunya berusia 27 tahun bahawa dia dirogol beberapa kali oleh datuk dan bapa saudaranya yang masing-masing berusia 53 dan 35 tahun.

Kesalahan itu berlaku di rumah datuk mangsa di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, tempat tinggal budak perempuan tersebut manakala ibunya menetap di Mukah.

Insiden itu berlaku sejak tahun lalu.

Sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu yang diketuai Asisten Komisioner Irwan Hafiz menahan bapa saudara mangsa di kilang kayu Durin pada petang Rabu.

Datuk mangsa yang tidak bekerja kemudiannya ditahan di rumah panjang tersebut oleh pasukan yang sama.

Datuk mangsa dibebaskan dari penjara pada 2016 selepas menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan kerana merogol kakak pengadu pada 2008.

rogol , budak perempuan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ambulans 'Makan' Orang Di Bukit Mertajam

Artikel Berkaitan

Abang, Bapa Didakwa Rogol Darah Daging

Artikel Lain