suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Bangladesh Cedera Serangan Bom Petrol

Dua bom petrol dilempar di hadapan kaunter bar kelab malam dan satu daripadanya meletup. - Gambar hiasan/ Reuters

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja warga Bangladesh cedera dalam satu serangan bom petrol atau koktail molotov di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din  berkata berdasarkan siasatan awal dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, dua bom petrol dilempar di hadapan kaunter bar kelab malam itu dan satu daripadanya meletup.

"Serangan itu mencederakan seorang pekerja Bangladesh berusia 30-an yang melecur di tangan dan kepala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian pada Selasa.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sekitar premis, dua suspek dipercayai terlibat.

"Suspek menggunakan kereta Audi warna hitam melarikan diri selepas membaling dua koktail molotov di premis itu," katanya.

Mohd Zani berkata, kes itu dipercayai berkaitan urusan perniagaan dan bukan berunsur serangan pengganas.

Menurutnya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. - Bernama

bom petrol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain