suria

Murid Tahun Satu Maut Dibelasah

Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan. - Gambar hiasan

SIBU: Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang Khamis dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.

Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain