suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dapatkan Bendera Malaysia Di Akhbar The Star, Menangi Hadiah

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin bangga mengibarkan jalur gemilang.

PETALING JAYA: Pembaca The Star boleh mendapatkan jalur gemilang 'mini' secara percuma menerusi pembelian akhbar tersebut bermula Jumaat.

Di bawah kempen Raise The Flag menjelang sambutan Hari Kebangsaan, akhbar The Star menyediakan empat muka surat khas di ruangan tengah berupa cetakan jalur gemilang untuk dipasang dan dikibarkan rakyat Malaysia.

Turut disediakan template kemeja-T di dalam ruangan khas itu.

Anda boleh mengetengahkan kreativiti masing-masing pada template kemaja-T itu dengan corak bermotifkan Malaysia.

Pada masa sama, jangan lupa abadikan gambar bersama kemeja-T itu sambil mengibarkan jalur gemilang.

Gambar dengan gaya terbaik anda kemudian perlu disertakan dengan hashtag #RaiseTheFlagMY di sosial media.

Jika gambar tersebut dimuatnaik di laman Facebook, anda boleh kongsikannya sebagai: raisetheflagmy.

Sila rujuk senarai hadiah menarik termasuk staycation dan baucar makan di muka surat khas itu.

Untuk memesan baki isu berkaitan Raise The Flage bertarikh 21 Ogos dan 14 September dalam kuantiti yang banyak, sila hubungi Unit Khidmat Pelanggan The Star di talian 1-300-887827 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang).

Kempen Raise The Flag anjuran Star Media Group Berhad dan akhbar Sinar Harian ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih menarik lagi kempen ini mencatatkan jumlah edaran origami tertinggi Jalur Gemilang di Malaysia iaitu 465,000 agihan sekali gus membolehkan ia tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

Pasangkan Jalur Gemilang anda sendiri berdasarkan iklan interaktif ini.

Raise The Flag, The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Roti Canai Merdeka?

Artikel Lain