suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam Kekasih Kerana Cemburu

KOTA KINABALU: Seorang warga asing berumur 21 tahun ditahan kerana disyaki memukul dan menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur Sabtu lalu berhampiran Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu.

Dalam kejadian Sabtu petang itu, teman wanita suspek berumur 16 tahun dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah gerai di parkir Taman Tun Fuad, Jalan Bukit Padang cedera di bahagian belakang kepala dan leher yang masing-masing memerlukan lima dan tiga jahitan.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komsioner M.Chandra dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.  

Suspek telah ditangkap oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis, katanya.

Menurut M.Chandra, sebelum kejadian suspek dan mangsa telah bergaduh dipercayai berpunca daripada rasa cemburu dan suspek ketika kejadian juga di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, mangsa dan suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala mangsa dan majikannya masing-masing akan didakwa mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain