suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Berhubung Beg Persenda PM

Alan Ridzuan. Foto Sinar TV

SHAH ALAM: Satu laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Subang berhubung beg kitar semula yang mengandungi perkataan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Exco pemudanya, Alan Ridzuan berkata, beg tersebut mengandungi perkataan "Perdana Menteri Saya Memalukan" yang diletakkan di atas meja di sebuah pusat membeli-belah.

Tambahnya, ia turut menempatkan sebuah kotak meminta sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap beg berkenaan.

Alan berkata, beliau mengesan kewujudan beg itu semasa berada di pusat membeli-belah tersebut.

"Saya percaya kata-kata ini bertujuan untuk mencemarkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan 1948.

Artikel Sebelum

Artikel Lain