suria

Musang King Popularkan Sungai Ruan

RAUB: Kampung baharu Sungai Ruan di sini kini sinonim dengan daerah yang terkenal dengan durian Musang King.

Kampung tersebut dipromosikan sebagai destinasi eko-pelancongan di Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

Atase perdagangan dan ekonomi China di Malaysia, Shi Ziming pada majlis makan malam yang dihadiri penduduk setempat berkata, China dan Malaysia mengadakan hubungan dua hala dan menerusi inisiatif 'Belt and Road', kerjasama sosio-ekonomi akan diperkukuhkan lagi.

Shi merujuk kepada Presiden China, Xi Jinping yang menjadikan Musang Kini pada 2013 sebagai contoh semasa kunjungan rasmi beliau ke negara ini dan mendapati buah tersebut 'enak dan luar biasa'.

"Spesis durian ini pastinya mempunyai potensi untuk pergi jauh dan mewujudkan pasaran khusus di China," katanya.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, harga Musang King beberapa tahun lalu adalah kira-kira RM5 sehingga RM12 sekilogram tetapi kini mencecah RM100 sekilogram.

"Ini membantu meningkatkan pendapatan peladang dan menjana pertumbuhan ekonomo buat penduduk di Raub.

"Musang King kini menjadi ikonik buat Sungai Ruan bagi menarik lebih ramai pengunjung," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan China Pahang, Tan Sri Lam Kam Sang berkata, beliau akan mengetuai delegasi ke Shanghai dalam pameran makanan dan minuman pada November depan.

Exco Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif itu.

Beliau berkata, durian Musang King di Raub merupakan yang terbaik di dunia.

durian, Musang King


Artikel Berkaitan

Artikel Lain