Guru Tular Terlantar Di Hospital Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Guru Tular Terlantar Di Hospital Meninggal Dunia

TAWAU: Seorang guru lelaki yang terlantar di Hospital Tawau dan menjadi tular dalam media sosial, meninggal dunia di hospital di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd Rashid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Khairul Anuar Mohd Ghazali, 34, meninggal dunia pada 10 malam Selasa.

Menurut Zakaria, jenazah disolatkan di Masjid Raya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Apas di sini selepas solat zohor hari ini.

Pada Selasa Pengerusi Perakan Malaysia Sabah Mohd Ariff Yusoff menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebar maklumat tidak tepat kononnya seorang guru berasal dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau selama tiga bulan tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital.

Mohd Arif berkata maklumat tular itu tidak jelas, bersifat fitnah dan memalukan banyak pihak termasuk rasa kurang senang dalam kalangan keluarga guru tersebut dan rakan sekerja.

Kad pengenalan tertera nama arwah dan gambar seorang lelaki dalam keadaan terbaring di katil hospital Tawau tular di media sosial sejak dua hari lalu.

-Bernama
guru Tawau , viral

Artikel Sebelum

Buku Mana Paling Cantik?

Artikel Berikut

Siang-Siang Pun Berani Eh...

Artikel Berkaitan

Nyawa Si Anak Dalam Bahaya

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa