suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang Sehingga Jumaat

Angin kencang Barat Daya dan ombak tinggi dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Jumaat ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, ribut petir di perairan Kelantan dan Pahang berterusan sehingga lewat malam Isnin, kata jabatan itu dalam satu kenyataan. - Bernama

angin kencang barat daya

Artikel Sebelum

Artikel Lain