suria

DAP Terima Surat Rasmi RoS

Gobind Singh Deo

PETALING JAYA: DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada pagi Isnin, kata Gobind Singh Deo.

"DAP telah menerima pemberitahuan rasmi mengenai keputusan RoS melalui surat pada pagi ini," kata pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP itu.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan isi kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu," katanya.

Pada 7 Julai, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya tidak berhasrat untuk membatalkan pendaftaran DAP, tetapi parti itu harus mengadakan pemilihan baru untuk ahli-ahli CEC.

DAP kemudian meminta RoS untuk menghantar notisnya dalam masa 48 jam selepas parti itu berkata ia tidak menerima surat rasmi dari RoS.

Pada Ahad, Gobind berkata DAP akan menulis kepada RoS untuk menyatakan pendirian parti berhubung kenyataan itu kepada media.


Gobind Singh Deo, RoS, DAP

Artikel Sebelum

Lagi Kereta Lawan Arus

Artikel Berikut

Spa Urut-Urut Terjerut!

Artikel Lain