suria

Polis Cari Tiga Lelaki Bantu Kes Bunuh

Dari kiri: M. Kesavan, S. Devaraju dan K. Larry Holmes. Foto: Bernama

SITIAWAN: Polis sedang mengesan tiga lelaki bagi menjadi saksi membabitkan kes bunuh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah padang taman perumahan di Ayer Tawar, di sini, dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Bhoo Khim berkata, tiga lelaki berkenaan dikehendaki  menjadi saksi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 hingga 30 Julai ini.

Beliau berkata tiga lelaki itu adalah K. Larry Holmes, 35, yang beralamat di Taman Muhibbah, Kulai di Johor; M. Kesavan, 26, beralamat di Perumahan Awam II, Ayer Tawar, di sini; dan S. Devaraju, 37, beralamat di Taman Cempaka, Johor Bahru.

"Kami sedang mengesan tiga lelaki berkenaan yang dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Oleh itu, kami meminta kerjasama orang ramai atau mana-mana individu membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pengawai penyiasat Inspektor Malarvili di talian 010-2632818 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi pada 20 Mac 2015, K Mariappan, 43, ditemui mati di padang sebuah taman perumahan di Ayer Tawar. -Bernama

Kes Bunuh

Artikel Sebelum

MRT Fasa Dua Bermula Isnin

Artikel Berikut

Artikel Lain