suria

SPRM Buka Kertas Siasatan Beli Hotel Di London

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, arahan telah dikeluarkan kepada pasukan penyiasat setelah mendapat maklumat berhubung pembelian hotel tersebut.

“Pasukan penyiasat juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperolehi.

“Menerusi maklumat siasatan awal yang diperolehi, FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,” menurut satu kenyataan media, Jumaat.

SPRM berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut.

“SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil,” ujar kenyataan itu lagi. -Sinar Harian

SPRM, Hotel London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain