suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga Zoo Didakwa Sokong Militan

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga zoo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dan memiliki item-item berunsur perbuatan keganasan, tahun lepas.

Mohd Sharullizam Ramli, 31, didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas melalui aplikasi Telegram yang menggunakan nama 'Sharul' di alamat 177-B5, Batu 11, Gombak di sini, antara 25 Mac dan 29 Jun 2016.

Dia dakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Mohd Sharullizam turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki item-item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas iaitu satu pelekat kereta berlogo pengganas, satu bendera pengganas dan 'headband' berlogo pengganas di tempat sama pada 1.20 tengah hari, 19 Julai tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit.

Hakim Datuk Indera Mohd Sofian Tan Sri Abd Razak menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

Telegram, Shahrullizam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain