suria

Lelaki Tak Sedarkan Diri, Terkunci Dalam Kereta

BANDAR BERA: Gambar seorang lelaki dipercayai tidak sedarkan diri dan terkunci dalam kereta di persimpangan lampu isyarat pagi Ahad, menjadi tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian itu disedari orang ramai sekitar pukul 7 pagi sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu mengeluarkan lelaki terbabit.

Menurutnya, lelaki berusia 31 tahun itu yang juga  dipercayai seorang anggota tentera berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Keprihatinan orang ramai membantu menyalurkan maklumat mempercepatkan proses mengeluarkan lelaki itu oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai mabuk, dan telah dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini.


Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang dipercayai mabuk dari kenderaannya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat atau spekulasi mengenai kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya faham, orang ramai ingin bantu terutamanya untuk cari waris lelaki terbabit. Namun, tindakan segelintir pengguna menimbulkan spekulasi tidak benar yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

“Jadi, saya harap, orang ramai memanfaatkan teknologi ini dengan betul demi kesejahteraan bersama,” katanya.- Sinar Harian


Bandar Bera, APM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apa Saja Demi 'Mek'

Artikel Lain