suria

Serangan Ransomware Dijangka Lebih Agresif

KUALA LUMPUR: Serangan siber Ransomware (perisian tebusan) tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini dan hanya akan menjadi lebih agresif, kata Sri Utami Dewi Kasman, Pengurus Besar Powerbloc Generation Sdn Bhd, penyedia penyelesaian keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) tempatan.

"Ransomware akan kekal. Ia nampaknya didorong oleh keuntungan. Mereka sangat teratur dan beroperasi dari negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang mereka daripada melakukan aktiviti siber jenayah seperti itu," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Ransomware ialah perisian yang akan memperoleh akses ke sistem komputer menerusi saluran sah, seperti apabila pengguna mengklik atau memuat turun sebarang pautan menerusi laman web atau emel.

Jangkitan virus boleh dicegah menerusi kempen kesedaran untuk mengingatkan pengguna agar tidak membuka emel yang mencurigakan dan mengklik atau memuat turun pautan dan fail yang tidak dikenali, katanya.

Beliau memberi contoh serangan ransomware WannaCry yang menjejaskan300,000 komputer seluruh dunia dengan mengeksploitasikan kelemahan dalam sistem MicrosoftWindows.

"Bagaimanapun, di sini, badan-badan kerajaan dan agensi keselamatan siber kita bekerjasama untukmemerangiserangan siber itu," katanya.

Sri Utami Dewi berkata kurang kesedaran mengenai ancaman siber dalam kalangan pengguna komputer, penyelesaian keselamatan ICT yang ketinggalan zaman dan kekurangan pakar keselamatan siber merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kes serangan siber di negara ini.

"Kita kurang memiliki siswazah dengan kemahiran keselamatan siber," katanya.

Beliau berkata keselamatan siber Malaysia juga lemah disebabkan oleh kurangnya penguatkuasaan, pembiayaan dan maklum balas daripada mangsa yang mengambil berat tentang reputasi mereka.

Salah satu alasan mengapa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan yang mencukupi ialah kerana mangsa tidak tampil membuat laporan mengenai serangan siber di organisasi mereka, katanya sambil menambah terdapat kira-kira 2,500 kes serangan siber dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini di Malaysia.

Sri Utami Dewi menasihatkan organisasi Malaysia untuk menggunakan penyelesaian keselamatan siber menyeluruh, yang bukan sahaja dapat mengesan fail yang mempunyai virus tetapi juga sebarang kejanggalan dalam pola Internet organisasi.

Powerbloc ialah pengedar tempatan pelbagai penyelesaian keselamatan ICT antarabangsa seperti F Secure,Cososys,Accellion dan iBoss.

Antara pelanggannya termasuklah kementerian dan agensi kerajaan, universiti dan organisasi korporat seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian DalamNegeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Sirim Bhd, Universiti Islam Antarabangsa, Bank MuamalatdanTakaful Malaysia.
 -Bernama

Ransomware, WannaCry, virus

Artikel Berikut

Artikel Lain