suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rabies: Tiga Mangsa Masih Kritikal

KUCHING: Ketiga-tiga kanak-kanak yang dijangkiti virus Rabies atau penyakit anjing gila masih dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata setakat hari ini,pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes terbaharu jangkitan penyakit itu.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata pasukan kesihatan telah berada di kampung-kampung mangsa sejak Khamis(29 Jun) dan masih meneruskan aktivitiactive case detection dari rumah ke rumah untuk mencari kes yang mengalami gigitan anjing.

Kawalan anjing pula dilaksanakan oleh Jabatan Veterinar,katanya.

Pada Jumaatlepas, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dijangkiti virus rabies di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dan Kampung Lebur, Gedong, dalam daerahSerian, dan sedang dirawat di ICU HUS.

Dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya enam tahun,manakala mangsa ketiga kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.-- Bernama

Rabies, Gedong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU14 Pada Februari?

Artikel Lain