suria

FGV: Lanjutan Masa Untuk Zakaria Jawab Surat Tunjuk Sebab

KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Zakaria Arshad, untuk menjawab surat tunjuk sebab hingga tengah hari Jumaat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, FGV berkata, Zakaria telah meminta pelanjutan masa untuk menjawab surat itu kepada 30 Julai 2017 daripada tarikh asalnya, 20 Jun.

"Lembaga pengarah juga ingin memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha, telah menjawab surat tunjuk sebab pada 20 Jun seperti yang diperlukan," katanya.

Menurut FGV, kedua-dua individu akan terus bercuti sehingga dimaklumkan oleh lembaga pengarah. - BERNAMA

FGV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aliran Trafik Perlahan

Artikel Lain