Guan Eng Tak Setuju PPBM Monopoli Jawatan - Semasa | mStar

Guan Eng Tak Setuju PPBM Monopoli Jawatan

Lim Guan Eng

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh memonopoli jawatan tertinggi dalam Pakatan Harapan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Apa yang saya tahu Pakatan Harapan belum buat keputusan muktamad.

"Secara peribadi, saya tidak setuju kedua-dua jawatan (presiden dan pengerusi) Pakatan Harapan dimonopoli oleh PPBM.

"Perlu ada rundingan dengan parti lain. Saya tidak akan bersetuju jika kedua-dua (jawatan) itu dipegang oleh pemimpin PPBM," katanya, Rabu.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, bagaimanapun menambah bahawa beliau akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang sekiranya bekas perdana menteri itu mahu menentang Barisan Nasional.

"Dan jika Tun Mahathir sanggup mengetuai perjuangan menentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN, dia harus dibenarkan untuk memainkan peranan utama. Lagipun, dia adalah bekas perdana menteri," kata Guan Eng.

Lim Guan Eng , PPBM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kepala Tersekat Di Katil Spa

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel