suria

Harga Minyak Turun Lagi

PETALING JAYA: Harga bahan api untuk minggu ketiga bulan Jun turun lagi, selepas mencatatkan penurunan harga dua minggu sebelum ini.

Harga RON95 dan petrol RON97 turun sebanyak tujuh sen, manakala diesel berkurangan sebanyak enam sen.

RON95 turun dari RM2.05 seliter kepada RM1.98 seliter, manakala harga RON97 akan turun dari RM2.31 seliter kepada RM2.24 seliter.

Bagi harga diesel, ia akan turun dari RM1.94 seliter sebelum ini kepada RM1.88 seliter.

Harga baharu akan berkuatkuasa bermula tengah malam 15 Jun sehingga 21 Jun.

Harga terbaru ini telah diumumkan di RTM1 dan menerusi pengumuman di Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang Rabu.

Mekanisme harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan api.

harga minyak, bahan api, Jun 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain