suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Beri Bonus RM500 Buat Penjawat Awam

Ahmad Razif mengumumkan pemberian bonus raya RM500 buat semua penjawat awam di Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Seramai 6,230 penjawat awam di Terengganu bakal menerima bonus RM500 seorang sebagai persediaan sambutan Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembayaran bonus berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 juta, turut membabitkan Kakitangan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) seramai 898 orang dengan peruntukan RM449,000.

"Bonus yang diberikan ini bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi dan pembayaran ini akan dimasukkan serentak dengan gaji sebelum raya ini," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai,Seberang Takir pada Rabu.

Ahmad Razif berkata sebanyak RM88.7 juta juga diperuntukan bagi bantuan Dana Raya 2017 kepada mereka yang memerlukan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sahur Terakhir Si Anak…

Artikel Lain