suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Umum Bonus Raya Penjawat, Pesara Awam

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Jumaat mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memetik kenyataannya di Twitter, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati oleh pesara kerajaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, hampir 775,000 pesara kerajaan yang menerima bantuan khas itu adalah bagi menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

"Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion," kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, Jumaat.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas itu, ia dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Air Mata Ramadan...

Artikel Lain