suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH128 Tak Dirampas, Penumpang Mabuk Buat Hal

Anak kapal MH128 berjaya mengawal suspek daripada bertindak lebih agresif.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi mengesahkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH128 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan penumpang mabuk.

"Malaysia Airlines mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi, jadi mereka berpatah balik. Anak-anak kapal berjaya mengawal penumpang dan apabila pesawat itu mendarat, mereka menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang untuk mengeluarkan penumpang.

"Saya masih belum ada maklumat lagi sama ada pesawat itu akan berlepas tidak lama lagi, tetapi suspek dipercayai seorang warga Sri Lanka, dan dia mabuk," katanya ketika dihubungi.

Bercakap kepada AFP, Aziz Kaprawi berkata hanya seorang penumpang terlibat dalam kejadian itu.

"Ia bukan rampasan pesawat. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat.

"Penumpang itu yang juga warga Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Ia bukan bom tetapi powerbank," tambah beliau.

Sebelum itu, pesawat tersebut dilaporkan berpatah balik ke Melbourne selepas cuba dirampas oleh seorang penumpang.

Insiden itu dilaporkan menerusi Twitter milik Brendan Grainger yang mendakwa seorang penumpang cuba memasuki kokpit selepas mendakwa memilik bahan letupan.

MH128, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain