suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Hotel Mati Lemas Ketika Aktiviti 'Team Building'

Gambar hiasan.

LANGKAWI: Seorang pekerja sebuah hotel di sini ditemukan mati lemas semasa menyertai aktiviti bina pasukan di Pulau Tuba, Isnin.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira 5.45 petang, Azril Ahmad, 36, bersama-sama 20 pekerja hotel yang lain sedang dalam perjalanan ke Pantai Pasir Panjang di Pulau Tuba dari sini menggunakan sebuah bot.

"Mangsa dikatakan telah terjun seorang diri dari bot dan cuba berenang ke pantai tanpa menggunakan jaket keselamatan namun kelihatan menghadapi masalah sebelum tenggelam," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata peserta lain berjaya menjumpai semula Azril tidak lama kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Langkawi sebelum disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Langkawi, Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain