suria

Lemas Selepas 'Ditarik' Buaya

- Gambar hiasan

BINTANGOR: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai diserang buaya semasa bermain di tebing Sungai Kawi dekat sini bersama seorang rakannya lewat petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, terdapat kecederaan pada kaki mangsa yang dikenali sebagai Andrian Tan berusia 13 tahun, dipercayai akibat kesan gigitan buaya.

Menurutnya, mangsa ditemukan sekumpulan penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang.

"Jarak mangsa ditemui 500 meter dari tempat kejadian pada jam 7.10 malam.

"Mengikut maklumat saksi di lokasi terdapat kesan gigitan buaya pada paha kiri mangsa. Menurut rakan mangsa, Andrian secara tiba-tiba terjatuh seperti ditarik oleh sesuatu ke dalam air," katanya ketika dihubungi. -Bernama

buaya, Sungai Kawi

Artikel Berikut

Artikel Lain