Kereta Anggota Polis Hangus Dibakar - Semasa | mStar

Kereta Anggota Polis Hangus Dibakar

Sum Chang Keong

IPOH: Kereta seorang anggota polis yang diletakkan di sebuah rumah kosong hangus dipercayai akibat dibakar dalam satu insiden di sini awal pagi Ahad.

Menurut sumber semasa kejadian kira-kira 3.45 pagi, anggota polis berpangkat koperal  itu dan anggota keluarganya sedang tidur sebelum menyedari terdapat kepulan asap dan kebakaran di kawasan hadapan luar rumahnya.

Kejadian tersebut menyebabkan kereta jenis Toyota Ipsum milik anggota  polis berkenaan yang diletakkan di rumah sebelah yang kosong, hangus terbakar selain turut mengakibatkan kawasan hadapan rumah mangsa dijilat api.

Ahli keluarga mangsa dikatakan terpaksa menyelamatkan diri melalui pintu di bahagian belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata insiden tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

"Kami masih lagi menyiasat punca kebakaran itu berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kereta Polis , hangus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain