suria

Remaja Lemas Di Sungai Tersat

Seorang remaja lemas sewaktu berkelah di Sungai Tersat, Hulu Terengganu. - Gambar hiasan

HULU TERENGGANU: Keghairahan sekumpulan sahabat berkelah di Sungai Tersat, Hulu Terengganu berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka lemas pada Sabtu.

Mangsa, Muhammad Diya Uddin Saidi, 18, bersama 20 lagi rakannya berkunjung ke sungai berkenaan selepas mengikuti program anjuran PAS di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian tersebut berlaku semasa mangsa cuba ke seberang sungai dan secara tiba-tiba tenggelam ke dalam lubuk sungai.

Katanya, rakan-rakan mangsa telah cuba menyelamatkan mangsa namun gagal dan mangsa sendiri tidak pandai berenang.

"Pihak polis menerima panggilan kira-kira 5.05 petang semalam (Sabtu) dan susulan itu kami mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa.

Mayat mangsa dikesan pada kira-kira 7 malam," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. - Bernama

lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain