suria

Nik Azmi: Pakatan PKR-Tun M Goyahkan Parti?

SHAH ALAM: Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) mengakui bahawa pakatan antara parti itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengucar-ngacirkan ramai ahli parti tersebut.

Dalam ucapan dasarnya di kongres Belia PKR pada Sabtu, Nik Nazmi berkata, ia merupakan satu peluang yang baik untuk parti menunjukkan kepada bekas Perdana Menteri itu bagaimana keputusan boleh dibuat dengan mencapai kata sepakat.

"Bagaimanapun, saya yakin bahawa politik perubahan menuntut banyak kompromi," katanya di Pusat Konvensyen Ideal di sini.

Nik Nazmi berkata, tidak ada pemimpin yang memegang kuasa mutlak.

"Kini, kami mempunyai peluang untuk menunjukkan kepada Dr. Mahathir bahawa rundingan yang rumit dan berprinsip perlu dijalankan sebelum kita membuat keputusan bersama-sama," katanya.

Tambah Nik Nazmi, Pemuda PKR menyokong tindakan untuk mengurangkan umur mengundi bagi rakyat Malaysia daripada 21 kepada 18 tahun.

Beliau berkata, PKR telah menyokong kempen #Undi18, satu inisiatif belia untuk menurunkankan had umur mengundi melalui petisyen secara atas talian di laman web change.org.

PKR, Nik Azmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain