suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Lawat Abdul Hadi Di IJN

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis pada 2015. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Perdana Menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat Anggota Parlimen Marang itu.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

"Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa," kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.

IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkata Abdul Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau. -Bernama

IJN, Abdul Hadi, Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain