Polis Marudi Minta Bantu Kesan Empat Beranak - Semasa | mStar

Polis Marudi Minta Bantu Kesan Empat Beranak

MIRI: Polis meminta orang awam untuk memberi maklumat bagi mengesan seorang ibu bersama tiga anaknya yang dilaporkan hilang sejak 9 Mei lalu.

Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut berkata, bapa mentua wanita berkenaan telah membuat laporan polis pada 9 Mei bahawa menantunya, Suzie Grace Bunyau, 33, telah keluar bersama tiga anaknya berumur tiga, lapan dan 14 tahun untuk ke rumah nenek di Semuruh.

"Namun, apabila bapa mentuanya pergi ke Semuruh pada 12 Mei beliau diberitahu menantu yang berasal dari Rumah Ugil, Sungai Nakat Bakong, Marudi, bersama tiga anaknya, dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi ke Julau menaiki bas," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin menurut laporan Bernama.

Gabriel berkata, lelaki itu kemudian cuba menghubungi saudara-mara menantunya di Julau, tetapi diberitahu keempat-empat beranak tersebut tiada di situ.

"Polis memohon sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengetahui kedudukan sebenar mereka untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi 085-755221/222 atau Ketua Balai Polis Beluru Sarjan Saudi di 0128552527," katanya sambil menambah polis telah mengklasifikasikan kes sebagai Laporan Orang Hilang.

Kes Hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bahaya Tapi Berbaloi!

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain