suria

Kanak-Kanak Patah Tangan Tersepit Rim Motosikal

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di Jalan Simpang Kuala di sini.

Dalam kejadian tengah hari Ahad, mangsa membonceng motosikal sebelum terjatuh dan tangannya tersepit.

Bagaimanapun, orang awam yang melalui tempat kejadian membantu menyelamatkan mangsa.

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja terlibat dalam operasi menyelamat. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain