suria

25 Warga Asing Ditahan Di Perai

BUTTERWORTH: Seramai 25 warga asing termasuk tiga wanita berjaya ditahan dalam Ops Bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang bersama beberapa agensi lain di Flat Taman Pelangi, Perai di sini pada Jumaat.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Pulau Pinang Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef (he) berkata dalam operasi bermula pukul 6 petang hingga 10 malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan di pasar malam dan beberapa buah kedai runcit di kawasan flat berkenaan.

"Semasa operasi itu, penguatkuasa kami menyamar sebagai pembeli sebelum berjaya menahan warga 20 lelaki warga asing yang bekerja di pelbagai gerai di pasar malam berkenaan," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata lima lagi warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam pemeriksaan dua buah kedai runcit serta sebuah gerai makanan dan minuman di kawasan yang sama.

Khwaja Banthey Navaz berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki Bangladesh, tiga Wanita Indonesia, dua lelaki Myanmar dan masing-masing seorang lelaki Vietnam serta Nepal, yang berusia berusia 25 hingga 42 tahun.

Menurutnya, semua mereka yang ditahan itu tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa serta menyalahguna pas lawatan sosial telah dibawa balik ke pejabat JIM negeri untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata seramai empat lelaki yang merupakan majikan mereka turut diarahkan ke pejabat JIM Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Pati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain