Vida Diganggu Lelaki ‘Hidung Belang’ - Semasa | mStar

Vida Diganggu Lelaki ‘Hidung Belang’

Pada masa ini Vida lebih selesa hidup bersendirian bersama dua anaknya.

PETALING JAYA: Tidak sampai dua minggu berstatus janda, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan beliau mula didampingi ramai lelaki menerusi pelbagai cara.

Bagaimanapun menurut jutawan kosmetik yang lebih mesra disapa Datuk Seri Vida (DSV) itu, beliau dapat menghidu niat lelaki ‘hidung belang’ yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kekayaannya.

Vida tetap ceria walaupun baharu sahaja melalui proses penceraian pada 7 April lalu. -foto DARRAN TAN / The Star

“Asam garam selepas bercerai lagi teruk kerana ramai yang nak menggatal. Saya kena kacau melalui pelbagai cara.

“Bosanlah macam ni. Mereka ingat saya ini apa (wanita yang bagaimana)? Tapi saya hanya berdiam diri dan tak perlu layan semua tu. Saya tahu mereka hanya nak duit,” katanya kepada mStar Online.

Ahli perniagaan itu ditemui pada majlis ulang tahun pertama Tonton VIP di mana beliau dilantik sebagai Ratu Tonton selama setahun.

Vida, 46, dan bekas suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin, 39 disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh pada 7 April lalu.

Rumah tangga yang dibina pasangan itu sejak bernikah pada Januari 2014 runtuh selepas tiga tahun.

Selain itu tambah Vida, beliau kecewa apabila kisah penceraiannya turut dijadikan bahan jenaka hingga tular di media sosial.

Malah Vida turut berkongsi satu mesej yang tular melalui aplikasi WhatsApp hingga sampai ke pengetahuannya.

“Mereka viralkan mesej begini. Siapa nak jadi kaya, banyak duit dan jadi jutawan, ada tips mudah serta cepat. Bukan skim cepat kaya bukan MLM, tak perlu jual produk dan tak perlu cari downline, hanya perlu bersabar. Tunggu tiga bulan sahaja, lepas tiga bulan habis iddah cepat pinang DSV,” demikian menurut Vida.

Vida (tengah) selaku Ratu Tonton bersama duta-duta Tonton iaitu (dari kiri) Redza Rosli, Ayda Jebat dan pasangan duo ThomasJack.

Ditanya sama ada beliau serik untuk terus mencari pasangan hidup selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, Vida bagaimanapun memberitahu lebih selesa hidup bersendirian bersama dua anaknya pada masa ini.

“Buat masa ini tak payahlah (cari pasangan). Hidup sorang lebih baik. Kalau terbuka hati pun saya akan cari yang sekutu (setaraf) atau lebih,” katanya sambil ketawa.

Datuk Seri Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DAP Perak Sudah Ketandusan Idea - Zamry

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain