suria

Tokoh Warisan Siri Neng Buah Meninggal Dunia

TUMPAT: Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup, Siri Neng Buah meninggal dunia  akibat komplikasi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Mendiang yang berusia 65 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi di kediamannya di kampung Kok Seraya di sini.

Isterinya, Chiam Eh Preng, 58, berkata, sejak kebelakangan ini kesihatan suaminya beransur baik walaupun tiga bulan lepas dimasukkan ke wad Hospital Tumpat selama seminggu.

"Dia nampak sihat dan bersemangat menghadiri program kebudayaan di Terengganu beberapa hari lalu," katanya.

Malahan, menurutnya, pada Isnin malam suaminya mahu tidur di bangsal menora di halaman rumahnya kerana cuaca panas.

"Tetapi pagi ini bila saya mahu kejutkannya dia sudah tiada," katanya.

Mendiang meninggal tiga anak dan dua cucu hasil perkahwinannya dengan Eh Preng.

Siri Neng Buah atau lebih mesra dipanggil Pak Siri  penerima Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup pada 2013 atas dedikasi dan kerja kerasnya mengangkat budaya dan sejarah Malaysia agar tidak lupus dibawa arus kemodenan.

Anugerah lain diterimanya ialah Anugerah Tokoh Budaya Negeri Sembilan dan Anugerah Tokoh Masyarakat Siam Malaysia Negeri Kedah pada 2014 dan Anugerah Kehormat Bentara Paduka Raja, Persatuan Keturunan Cik Siti Wan Kembang (2013).

Pak Siri berkebolehan dalam mempersembahkan tarian menora, mak yong dan seterusnya menjadi dalang wayang kulit.- Sinar Harian


Siri Neng Buah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain