suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Ladang Mati Bergaduh Gara-Gara Masakan Tak Sedap

KUANTAN: Seorang pekerja ladang warga tempatan mati dibunuh rakan sekerjanya dalam perselisihan faham selepas ditegur kerana masakannya tidak sedap dan disediakan dalam keadaan tidak bersih.

Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata dalam kejadian pukul 9.05 pagi semalam, lelaki yang berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu rumah pekerja Ladang Estate Belenggu Hall, Mentakab, di sini.

Katanya, siasatan mendapati mangsa telah berselisih faham dan bergaduh dengan seorang lagi pekerja ladang lelaki berusia 35 tahun pada 10 malam, Ahad lepas yang tidak berpuas hati dengan masakan mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa patah 9 tulang rusuk kiri, 11 tulang rusuk kanan, retak tulang hidung dan tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala, katanya.

Suspek dipercayai ditendang, dipukul dengan kayu dan diserang menggunakan parang, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Zuhdin berkata polis berjaya menahan suspek yang juga warga tempatan pada pukul 11 pagi semalam, di ladang berkenaan dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.-Bernama

Mati, Bergaduh, makanan tak sedap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain